Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa
atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja
di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan
sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut
selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan
nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang
perayaan ini.
Persediaan & Perlaksanaannya
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun
baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung,
mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan
masyarakat cina.
Tahun Baru Cina
melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari
tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan
dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak
sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada
tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan
nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah
rezeki, bunga dan pokok limau.
Perayaan yang
bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan
kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor
binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan,
bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan
dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia
bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir,
tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.
Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi
sifat dan untung nasib binatang tersebut.
Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari ‘ Chap
Goh Mei ‘ tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari terakhir bagi bulan
penuh, menandakan penutup bagi perayaan
ini.
Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan
pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana
lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari
perayaan itu.
Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua
perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome?
Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han.
Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya
mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama
Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan
lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di
tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang
berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan
binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari
gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam
pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di
merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao
(Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut
kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120
Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari
kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos
atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan
tanglung pada malam perayaan. Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih
Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada
adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning
telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan
melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya
menjatuhkan Dinasti Mongol.Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan
dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan
tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan
mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Menurut cerita dongeng, pada zaman purba, terdapat 10
buah matahari di langit. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan tanah
kering dan berasap, air di laut kering tersejat dan rakyat jelata menghadapi
ancaman maut. Ada seorang pahlawan yang juga Raja Negeri Youqiong zaman Dinasti
Xia, iaitu pada tahun 2070 hingga 1600 sebelum Masihi, yang bernama Hou Yi yang
mempunyai kuasa misteri dan pandai memanah. Baginda dengan gagah beraninya
memanah jatuh 9 daripada 10 buah matahari itu. Rakyat jelata amat gembira dan
memuja Hou Yi yang menyelamatkan mereka dari ancaman maut. Permaisuri Hou Yi,
bernama Chang E, merupakan seorang jelitawan. Pada suatu hari, Hou Yi
memperoleh ubat panjang umur yang dihadiahkan oleh Wangmuniangniang, Permaisuri
Maha Kuasa di langit. Katanya, orang yang makan ubat panjang umur itu segera
akan menjadi dewa atau dewi dan terbang ke kayangan. Hou Yi tidak mahu berpisah
dengan permaisurinya, maka baginda tidak memakan ubat itu dan menyerahkan ubat
itu kepada permaisurinya Chang E untuk disimpan. Peristiwa itu ternampak oleh
Peng Meng, seorang pengikut Hou Yi. Ketika Hou Yi keluar, Peng Meng telah pergi
ke istana Hou Yi dan memaksa Chang E memberikan ubat panjang umur itu
kepadanya. Chang E mengetahui bahawa dia tidak berdaya melawan Peng Meng, lalu
dia memakan ubat panjang umur itu. Setelah memakan ubat itu, Chang E terbang dari
bumi ke bulan serta-merta.Apabila Hou Yi kembali ke istana, para dayang yang
sedang menangis telah memberitahukan hal yang berlaku itu kepadanya. Hou Yi
berasa amat sedih, lalu menyeru permairurinya di bulan. Baginda mendapati bulan
pada malam itu sangat bulat, besar dan terang. Bayang permaisurinya yang
bergerak di bulan pun dapat dilihatnya. Hou Yi berdoa untuk permaisurinya Chang
E di bulan dengan meletakkan makanan yang disukai oleh permaisurinya di tempat
tertentu. Setelah mengetahui Chang E terbang ke bulan dan menjadi dewi, rakyat
jelata juga beramai-ramai berdoa dengan meletakkan pelbagai jenis makanan,
semoga Chang E di bulan menganugerahkan keamanan dan kesejahteraan kepada
mereka. Lama-kelamaan, berdoa pada bulan pada hari ke-15, bulan 8 menurut
kalendar China telah menjadi tradisi rakyat China. Itulah Pesta Kuih Bulan. Walaupun
terdapat banyak cerita dongeng yang berbeza-beza tentang asal-usul Pesta Kuih
Bulan ini di China, tetapi makan kuih bulan merupakan perkara yang paling
penting dalam Pesta Kuih Bulan ini. Pada Pesta Kuih Bulan, iaitu malam 15 haribulan
bulan 8 menurut kalendar China, anggota keluarga orang China akan berkumpul dan
bersama-sama menikmati pemandangan bulan purnama yang indah sambil makan kuih
bulan yang enak. Cara pelbagai etnik China merayakan Pesta Kuih Bulan ini juga
berbeza-beza. Masyarakat etnik Zhuang China merayakan Pesta Kuih Bulan dengan
menyembahyangkan bulan dengan menghidangkan samsu. Para gadisnya pula memasang
tanglung yang cantik dan meletakkannya di permukaan air sungai dan tasik untuk
berdoa agar mendapat kebahagiaan sepanjang hayat. Rakyat etnik Korea
merayakannya dengan memalu gendang panjang dan menari berramai-ramai. Teruna
etnik Dong pula akan bersiar-siar dan mengutarakan perasaan cinta mereka kepada
kekasih masing-masing. Manakala pemuda-pemudi etnik Dai akan melepaskan
tembakan senapang ke udara, minum samsu dan bernyanyi bersama-sama. Mereka juga
akan memilih kekasih dengan peluang ini. Pesta Kuih Bulan bukan sahaja
merupakan perayaan tradisional rakyat China, tetapi juga merupakan perayaan
tradisional orang Cina seluruh dunia. Walaupun zaman sudah berubah, tetapi
Pesta Kuih Bulan tetap merupakan kesempatan bagi orang Cina untuk mengeratkan
hubungan antara anggota keluarga dan sanak saudara serta berdoa untuk memohon
restu dan kebaikan.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan
"Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang
bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali
sebagai pesta Cahaya.
Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang
pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi
kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.
Sambutan Perayaan di Malaysia
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua
penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di
Malaysia. Deepavali atau lebih dikenali sebagai ‘pesta cahaya’ disambut
oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di negara kita.
MitosHariDeepavali
Mitos yang paling terkenal di kalangan masyarakat India di Malaysia berhubung tujuan perayaan Deepavali adalah kisah Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk kampong telah meraikan kemenangan Kebaikan menewaskan Kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta. Satu lagi mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta. Memandangkan kedua-duanya hanyalah mitos, tidak menjadi masalah kisah mana satu yang menjadi ikutan dan turutan di kalangan kaum India beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Apa yang penting, simbol kebaikan atau Cahaya menumpaskan Kejahatan atau Kegelapan adalah menjadi pegangan utama mereka .
Malam Sebelum Perayaan Deepavali
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang
disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang
dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam
itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias
diri.
MemasangVilakku
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Kolam atau Rangoli
Rangoli lambang
penyembahan Dewa Lakshmini
Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ”
atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang
diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu
rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat
kesejahteraan.
Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara
turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya
dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan.
Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya
dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan
dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah
mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
Persiapan Di Pagi Hari Deepavali
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli
keluarga akan bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Seluruh keluarga akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selain itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Penganut Hindu akan menjalankan upacara mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Kebaikan mandi minyak bijan bagaikan mandi di Sungai Ganges
yang suci bertujuan membersihkan diri daripada segala kejahatan dan sifat
dengki. Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada
pagi Deepavali bertujuan untuk menghilangkan segala sifat buruk dan kejahatan
dalam diri seseorang. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau di kuil-kuil.
Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Penganut Hindu
akan mengunjungi kuil di mana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan
kalungan bunga.
Manisan dan Juadah Deepavali
Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
Manisan merupakan identiti masyarakat India. Manisan ini bukan sahaja diminati oleh kaum India tetapi juga masyarakat lain di negara ini termasuk pelancong asing. Dalam masyarakat India, manisan sering menjadi acara pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Mereka percaya ia mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
Mereka akan dihidangkan dengan juadah tradisional kaum india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Malah sembilan jenis hidangan sayur-sayuran turut disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah “aloogobi” iaitu campuran ubi kentang dan kobis bunga, “paneer” campuran masala bersama yourgart dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Pakaian Tradisional Deepavali
Upacara Sembahyang
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.
Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.
Penganut
Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian
dari tradisi Kristian .Hakikatnya ,kedua-duanya bukan Kristian tetapi
sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri ,Saturnalia,sistem
penyembahan dewi IBU dan pemujaan dewa Matahari .Kedua-duanya bertentangan
secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemnya.
Lebih
penting lagi ,terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang
juga tidak dirayakan. Juga ,Sabat yang oleh perintah hukum keempat tidak
dipelihara tetapi dipelihara tetapi sebaliknya hari minggu dipelihara sebagai
gantinya.Bagaimanakah ini terjadi? jawapan-jawapan terdapat di dalam sejarah
dan ia sungguh menakjubkan.
Terdapat
satu perayaan yang dirayakan pada bulan Disember di Rom. Dan ianya perlu untuk
sebarang pemahaman mengenai apa yang berlaku semasa Krismas.Perayaan tersebut
digelarkan sebagai SATURNALIA .Ia merupakan perayaan Ivy juga suci bagi Attis
dan imam-imamnya yang dikembari dipasangkan tatu simbol daun Ivy . Buah-buahan
pain digunakan untauk menghasilkan sejenis wain yang digunakan di dalam
upacara-upacara liar Cybele yang dasarnya serupa dagan pest-pesta liar
Dionysius dab Strabo telah membandingkannya
Istilah
Epiphany bermaksud manifestasi(penjelamaan) iaitu kemunculan makhluk luarbiasa
atau Ilahi. Ianya diaplikasikan kepada Antiochus IV Epiphanes ,raja syria
(Aram) ianya juga dikenali sebagai dies liminum (hari penuh terang),hari tiga
raja atau hari kedua belas.Semua telah dibincangkan atas amalan amalan yang
diakaitkan dengannya semuanya tebitnya daripada terbitnya daripada
sumber-sumber purba yang kita lihat di dalam teks itu dan tiada kena mengena
dengan imam Nama itu terus kekal di dalam perayaan besar Befana di Rom.
Hari Natal
(Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang
disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia .Bagaimanapun ,kajian
menunjukkanHari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ. Perayaan
hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja.Ahli
keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok
krismas.Teater krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.Derma
akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi ,hadiah akan
diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan . Pada masa sekarang ,
perayaan lain Natal bersifat lebih komersial dimana gedung-gedung jualan akan
berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi.


No comments:
Post a Comment